Selasa, Mac 29, 2011

10 PESANAN IMAM SHAFIE SEBELUM BELIAU MENINGGAL DUNIA BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara berikut:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ Allah s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

Ahad, Mei 24, 2009

kasih seorang Ibu...

Kata-kata Mutiara........

" Zahirnya awak nak kaya dan awak nak duit banyak, tetapi dari segi batinnya awak sebenarnya memilih untuk kekal dan terus hidup dengan apa yang awak ada sekarang!!!.."


"orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal tetapi belajar dari pengalaman kegagalan yang lalu"

Khamis, Ogos 07, 2008

Susahnya Mencari Sahabat Setia...

Susahnya Mencari Sahabat Setia...

Sebagai manusia yang sempat panjang umur
Paling tidak 50 – 60 tahun, 70 tahun
Sepanjang umur itu sudah beberapa banyak dari kenalan dan kawan,
adakalanya silih berganti
Dari kawan sekampung, kawan sepersekolahan,
perkenalan di dalam perjalanan
Tidak kurang juga kenalan setempat kerja,
di hari-hari keramaian yang berbagai-bagai coraknya
Ditambah lagi di tempat-tempat lain
sekali-sekala bertemu dan berjumpa,
berpisah dan bertemu semula
Di dalam pengalaman itu kawan setia yang kekal
untuk dapat seorang pun susah hendak kekal
Sering berlaku kawan itu silih berganti,
sekejap-sekejap sahaja lepas itu tidak dengar berita
Hingga ke tua, tinggal seorang diri sahaja,
kenalan itu hanya di dalam kenangan nostalgia sahaja
Tinggal di dalam kenangan sejarah hidup sahaja
Ini membuktikan mencari sahabat yang setia
di dalam kehidupan ini
amat susah sekali
Hampir mustahil mendapat kawan setia seumur hidup
Untuk mendapatkan seorang sahaja pun
sampai ke hujung umur kita hampir mustahil berlaku
Aduh susahnya mencari sahabat di akhir zaman ini
Kerana masing-masing hati sudah gersang dari kasih sayang
Lantaran itulah mendapatkan sahabat yang setia jarang terjadi
Ia hanya berlaku setakat pertengahan jalan
Tidak sampai ke hujung jalan
sudah kehilangan kawan atau sahabat,
dapat yang baru nasib yang sama,
kemudian hilang lagi
Akhirnya mati di dalam kehilangan kawan, aduh malangnya
Moga-moga jangan sampai kita kehilangan Tuhan lebih malang lagi

Wal’iyazubillah

Dari Minda Abuya

Isnin, Jun 02, 2008

Thanks kerana Menempah fotografi dan Videografi dgn syarikat Kami.


Tahniah pada Pasangan Din dan Lisa .. Kerana  melangsungkan perkahwinan Pada 07.08.08.. .semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat dari kami Dynasty 3D Studio.







Tahniah pada Azwan dan Pepy dari Bescomm dan KrimNetwork.. coz baru melangsungkan pertunangan. Dan Bakal menjadi Pengantin baru Pada 08.08.08...semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat dari kami Dynasty 3D Studio.




Tahniah pada ayen dan Ida dari D3D@Terengganu.. coz baru melangsungkan pertunangan pada 30/05/2008 (Jumaat).
semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat dari kami Dynasty 3D Studio.






Tahniah kepada pasangan Khairul Anam dan Aida yang telah melangsungkan perkahwinan pada 29 mei 2008(khamis).
semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat dari kami Dynasty 3D Studio.






Tahniah Kepada pasangan Adilah dan Ida Izni kerana telah Melangsungkan Perkahwinan pada 31 mei 2008 (sabtu).
semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat dari kami Dynasty 3D Studio.









Khamis, Mei 29, 2008

Dynasty 3D Studio

perkhidmatan untuk mengambil video berkenaan majlis-majlis seperti perkahwinan, perasmian,Ceramah,harijadi,pertunangan, majlis sekolah dan lain-lain majlis. untuk maklumat lanjut email saya :c4r3yz@yahoo.com and dynasty3d@yahoo.com